Tentang Kami

Picture - Complete online stamp catalogue

Tentang kami

Terima Kasih kerana melawat StampWorld.com
StampWorld.com adalah perkembangan global yang dibuat oleh orang-orang dari seluruh dunia. Idea asalnya dikembangkan oleh sebuah kumpulan kecil pengumpul setem. Hasil kerja mereka bertahun-tahun kini berada atas talian dan tersedia bagi anda.

Di bawah kami ingin memberitahu anda lebih lanjut mengenai rancangan-rancangan kami untuk StampWorld.com. StampWorld.com adalah tempat untuk penggemar dan pengumpul setem berjumpa. Tujuan StampWorld.com adalah untuk memudahkan pengumpulan setem. Jika anda terus membaca, anda akan belajar lebih lanjut tentang:

  • Idea StampWorld.com
  • Di manakah kami hari ini dalam mengembangkan StampWorld.com?
  • Bagaimana kami mengembangkan StampWorld.com dalam masa hadapan?

Idea StampWorld.com

Sebelum kami mulakan StampWorld.com, idea asal kami adalah untuk lakukan untuk pengumpulan setem apa yang dilakukan oleh iTunes untuk industri muzik. Kami ingin membuat sumber atas talian yang paling lengkap untuk pengumpul dan penggemar setem. Kami ingin StampWorld.com menjadi salah satu laman web yang ada kesemuanya:

  • StampWorld.com adalah katalog atas talian lengkap dengan setem-setem yang pernah dibuat di dunia.
  • Kembangkan StampWorld.com sebagai tempat berkumpul di mana pengguna-pengguna dapat mengetahui segalanya tentang mengumpul setem. Sebuah tempat untuk bincang dan beli/jual setem-setem.
  • StampWorld.com adalah tempat no. 1 atas talian untuk anda menikmati hobi mengumpul setem anda.
  • Sebuah tempat di mana setiap orang tanpa mengira bahasa dan / atau kewarganegaraan boleh bertemu dan berhubung mengenai hobi penggemaran setem.

Picture - Facebook for stamp collectors

Facebook untuk penggumpul-pengumpul setem.

StampWorld.com adalah Facebook untuk pengumpul-pengumpul setem. Di sinilah tempat di mana anda boleh berhubung dengan penggemar setem lain. Berkawan dengan orang di seluruh dunia. Berhubung dengan pengguna lain yang mempunyai hobi sama dengan anda. Seperti Facebook, anda boleh saling menghantar mesej-mesej, dapatkan post-post di dinding anda dan mencipta senarai kawan. Inilah tempatnya yang anda boleh log masuk hari-hari untuk lihat mesej dan kemaskini.

Di manakah kami hari ini dalam mengembangkan StampWorld.com?

Idea-idea yang diterangkan di atas adalah apa yang kami sedang usahakan. Kami menghargai bahawa kami tidak sampai matlamat lagi. Walau bagaimanapun kami sedang bekerja keras untuk mencapai matlamat ini. Di bawah, anda akan menemui senarai apa yang telah dicapai setakat ini. Semua ini kini dilaksanakan di StampWorld.com untuk anda.

Katalog setem atas talian yang paling lengkap.

StampWorld.com kini menawarkan katalog setem atas talian yang paling menyeluruh dan lengkap di dunia. Anda boleh mencari lebih daripada 650,000 setem berbeza. Lebih banyak setem ditambahkan setiap hari. Katalog setem atas talian kami menyediakan beberapa manfaat yang unik untuk anda:

  • Anda boleh membuat sebuah katalog setem peribadi dengan seluruh koleksi setem anda.
  • Anda boleh membuat satu senarai setem yang anda ingin membeli.
  • Gunakan pencarian lanjut untuk mengenalpasti setem-setem dalam koleksi setem individu anda. Dengan cara ini anda dapat mendapat anggaran nilai mereka.
  • Diterjemahkan kepada hampir-hampir 50 bahasa.

Picture - Buy and sell stamps online

Jual dan beli setem-setem.

StampWorld.com adalah tempat di mana pengguna berhubung untuk jual dan beli setem-setem daripada satu sama lain. Anda boleh menentukan dengan cepat setem-setem yang anda perlukan dalam koleksi setem anda. Pada masa yang sama anda boleh membelikannya. StampWorld.com adalah tempat di mana anda mugkin dapat mencari setem-setem lama dan jarang (atau mungkin edisi-edisi baru) yang anda perlukan untuk melengkapkan koleksi setem anda.

175,000 setem yang berbeza untuk dijual.
Pada masa ini pengguna-pengguna StampWorld.com mempunyai lebih daripada 175,000 setem untuk dijual dan masih berkembang. Setem-setem ini adalah dari lebih daripada 200 buah negara yang berbeza. Setiap hari lebih banyak setem dijual oleh pengguna kami. Matlamat kami adalah untuk meliputi sebahagian besar dunia dalam tempoh 1 tahun.

Jual dan beli setem-setem walaupun bercakap bahasa yang sama.
StampWorld.com telah mengembangkan sebuah platform di mana bahasa-bahasa tidak perlu dipertimbangkan. Anda boleh beli dan jual setem-setem daripada pengguna yang lain walaupun bahasa anda berbeza dengan penjual atau pembeli tersebut. StampWorld.com telah diterjemahkan kepada lebih kurang 50 bahasa-bahasa. Proses jual dan beli telah dikembangkan dengan cara yang memastikan anda hanya melihat teks dalam bahasa (pilihan) anda.

Mencari pautan-pautan berkaitan.
StampWorld.com juga tempat di mana anda anda boleh mencari pautan-pautan berkaitan ke laman web yang lain. Di sini, anda dapat mencari pautan-pautan ke perkhidmatan pos, penjual, kelab setem, acara setem tempatan dan banyak lagi.

Di mana kita akan berada di masa depan?

Di atas kita telah menerangkan konsep asas kami dan di mana kita berada pada hari ini dalam mencapai matlamat kita. Walau bagaimanapun kami juga sedar bahawa masih terdapat banyak yang kami perlu lakukan, seperti mewujudkan forum unik dan lelongan setem. Di bawah, anda akan menemui maklumat lanjut mengenai matlamat kami untuk masa hadapan.

500,000 pengguna-pengguna dalam tempoh satu tahun.

Bilangan pengumpul setem ini seolah-olahnya banyak. Namun berdasarkan maklum balas positif yang kami telah mendapat setakat ini, kami percaya bahawa ini adalah nombor yang realistik. Setiap hari kita melihat semakin banyak penggemar setem menggunakan laman web kami, sebuah trend yang sudah tentu kami berusaha untuk meneruskan.

Forum pengumpul-pengumpul dan penggemar-penggemar setem.

Kami ingin mewujudkan satu forum yang unik di mana anda boleh bertanya semua soalan anda dan pengguna lain menjawabkannya untuk anda. Inilah tempatnya untuk membincangkan semua isu-isu dan topik-topik berkaitan setem anda. Contoh topik dalam forum:

  • Minta nasihat penilaian. Berapakah nilai setem saya?
  • Minta daripada penjual setem-setem tertentu.
  • Tanya soalan-soalan bidang atau tema khusus.
  • Tanya sebarang soalan yang anda fikir 500,000 pengguna boleh membantu anda dengan.

Picture - Connecting stamp collectors worldwide

Menghubungkan orang.

StampWorld.com ingin menyenangkan perhubungan antara pengumpul dan penggemar setem. Idea kami adalah supaya hobi setem menjadi lebih seronok jika anda mempunyai seorang untuk berbincang dengan. Beberapa alat utama untuk ini adalah forum dan sistem pesanan dalaman di mana anda boleh menghantar mesej kepada semua pengguna StampWorld.com lain. Dalam masa depan, kami akan mengembangkan ciri-ciri baru di StampWorld.com seperti: pencarian untuk pengguna-pengguna berhampiran dengan tempat tinggal anda, pencarian untuk pengguna-pengguna yang mempunyai kegemaran yang sama dengan anda dan sebagainya.